`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 24, 2022

(VIDEO) Kilang kimia terbakar, operasi pemadaman masih berjalan

 

Kepulan asap dapat dilihat selepas sebuah kilang kimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor, terbakar petang tadi.

PETALING JAYA: Sebuah kilang kimia terbakar di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.16 petang.

Katanya, seramai 12 anggota diketuai Komander Operasi Ibrahim Omar dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menjalankan operasi pemadaman kebakaran.

Menurutnya, seramai 26 anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin dan Johor Jaya turut membantu operasi.

Katanya, operasi pemadaman masih dijalankan sehingga kini.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan dan sama ada ia membabitkan pembakaran tangki di kilang kimia itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.