`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, May 3, 2022

2 individu kes pandu berbahaya di lebuh raya serah diri

 

Tangkap layar video tular memaparkan kereta jenis Audi dan Toyota dipandu secara berbahaya. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Polis berjaya mengesan dua individu yang dikaitkan dengan kenderaan yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan, seperti dipaparkan dalam video tular kelmarin.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata dua individu berusia 34 dan 36 tahun menyerahkan diri pada semalam dan hari ini.

“Kedua-dua suspek bersama kenderaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, tular satu video memaparkan kereta jenis Audi A4 berwarna kelabu dan Toyota Wish berwarna hitam dipandu secara berbahaya. Rakaman itu juga menunjukkan pemandu berkenaan memotong di lorong kecemasan.

Polis hari ini memaklumkan siasatan awal mendapati punca kejadian adalah pemandu kereta Audi terbabit, yang bekerja sebagai penarik kereta, hendak menarik kereta pemandu Toyota terlibat namun dia enggan berhenti.

“Mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua saspek,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.