`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 8, 2022

Ceroboh bilik hotel, pengawal keselamatan ditahan

 

Suspek telah ditahan reman empat hari hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK), menurut polis.

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana menceroboh sebuah bilik hotel yang dihuni sebuah keluarga, dalam kejadian malam Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku pada 10.30 malam selepas keluarga terbabit pulang ke bilik hotel mereka selepas keluar pada 5 petang dan mendapati pintu bilik gagal dibuka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu Mohd Rosdi Daud, mangsa kemudiannya menghubungi pihak pengurusan hotel dan memaklumkan mengenai perkara itu.

“Selepas pintu berjaya dibuka, didapati seorang lelaki yang tidak dikenali berada dalam bilik terbabit. Suspek yang juga pengawal keselamatan berusia 20an ditahan sebaik sahaja polis dimaklumkan mengenai kejadian.

“Suspek didapati positif methamphetamine dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular video berdurasi 1.03 saat yang dimuat naik seorang individu memaparkan dakwaan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam bilik hotel.

Selain itu, Mohd Rosdi yang dipetik Berita Harian berkata, suspek telah ditahan reman empat hari hingga 9 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan (KK) yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan tampil membantu siasatan jika ada maklumat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.