`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 19, 2022

Kepada Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Thank You For Saying No APs Needed For Food Imports. Habis Kenapa Pula Kacang Kuda Hitam Tanzania Tidak Boleh Di Impot (Lagi Murah) Tapi Dari Australia Pula Boleh (Lagi Mahal)?

 


 

First of all thank you kepada YAB Perdana Menteri kerana batalkan semua jenis AP untuk mengimpot barang makanan.

But other than 'consumer groups' and Dato Ameer Ali Mydin there is one vocal blogger Syed Akbar Ali aka OutSyed The Box who has been agitating non-stop to abolish the entire AP system, especially the monopoly over the import of rice and motor vehicles.

Tetapi saya nak terus terang dengan YAB Perdana Menteri kita. Seorang sahabat saya kurang yakin dengan kenyataan PM bahawa tidak perlu lagi AP untuk impot barang makanan. 

Sahabat saya itu kata:   "Wayang bro. Tengoklah kalau harga turun".

Maksudnya dia hanya akan percaya kalau harga barang turun. Maksudnya awam kurang yakin dengan sebarang kenyataan oleh PM ataupun oleh Kerajaan. The government has a huge trust deficit.

Saya ada sedikit soalan tambahan kepada YAB Perdana Menteri. Habis AP untuk impot beras macam mana? Sekarang ini semua urusan impot beras adalah di bawah monopoli yang dilesenkan oleh Kerajaan. Satu syarikat saja yang boleh impot beras ke dalam negara kita.

Ramai orang tidak tahu bahawa harga sebahagian gred beras basmati yang top quality adalah lebih murah di Australia dan Singapura daripada di Malaysia. 

Apa maksudnya? Maksudnya orang Malaysia sanggup bayar harga yang lebih mahal untuk membeli gred beras yang lebih rendah. Rupanya orang Malaysia agak bodoh juga.

Tapi balik kepada soalan saya kepada YAB Perdana Menteri what about the import of rice?

Bukan hari-hari semua orang makan ayam, ikan dan daging. Tetapi setiap hari hampir semua orang Malaysia makan nasi. Nasi lemak, nasi himpit, nasi bungkus, nasi campur, nasi goreng, nasi beriyani, nasi putih, nasi minyak. Nasi adalah makanan yang paling asas bagi rakyat kita. 

Tetapi impot beras pula di monopolikan oleh satu syarikat sahaja - yang telah kemut monopoli beras sejak berpuluh tahun.

(Hello kekawan NGO Melayu dan persatuan-persatuan pengguna jenama Islam, kenapa membisu sahaja?  Bersorak lah sikit. PM sudah hapuskan AP untuk impot barang makanan. Kaum elit, kroni-kroni dan dato-dato jutawan AP panik lah hari ini.) 

Jadi apakah AP dan/atau monopoli untuk impot beras itu juga telah dibatalkan? Perdana Menteri sila jawab dengan telus dan straightforward. 

Sebab saya khuatir dengan kenyataan dalam video di atas ini yang mengatakan "The Ministry of Agriculture will announce further details.." 

Further details kepala hotak apa? Kalau semua AP untuk impot makanan sudah dihapuskan maksudnya sudah dihapuskan lah. Habis nak announce further details kepala hotak apa? 

Jangan pula ada  "kecuali AP jenis ini, kecuali AP warna itu, kecuali AP untuk negeri ini, kecuali AP untuk barang itu' pula.

Saya bagi contoh. Sejak sebelum zaman Sultan Melaka negara kita mengimpot kacang kuda dari luar negara sebab kacang kuda tidak tumbuh dalam negara kita. 

Sejak sekian lama pengimpot kacang kuda mengimpot barang makanan yang asas ini dari banyak negara termasuk Tanzania, India, Pakistan dsbnya. Saya baru mendapat tahu bahawa tiba-tiba (sejak satu atau dua tahun ini) mengimpot kacang kuda dari Tanzania tidak dibenarkan oleh Kerajaan.  Sebaliknya impot kacang kuda dari Australia pula dibenarkan. Padahal harga kacang kuda dari Tanzania adalah lebih murah daripada harga kacang kuda Australia. Kualitinya pun bagus dan di terima baik oleh makcik, ibu, isteri dan  pengguna lain dalam negara kita. 

Jadi kalau lah Perdana Menteri memang serius mahu mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat dan bantu kawal inflasi harga barang yang makin melonjak kenapa pula para pengimpot barang makanan tidak diberi kebebasan untuk mencari atau 'to source the food imports' dari negeri atau negara mana pun yang sesuai dan menjimatkan? Let them decide lah.

Pasal apa pula Penjawat Awam yang tak tahu apa pun pasal apa pun (dan sering terlibat rasu_h) pula yang mahu putuskan negeri dan negara mana yang boleh jual barang makanan kepada kita?

Sebab itulah saya nak tanya sekali lagi : bagaimana pula dengan monopoli impot beras yang di kemut oleh satu syarikat sahaja sejak berpuluh tahun itu? Apakah mereka dikecualikan daripada kenyataan YAB Perdana Menteri bahawa semua AP untuk impot barang makanan sudah di hapuskan?

Jangan pula ada  "kecuali AP jenis ini, kecuali AP warna itu, kecuali AP untuk negeri ini, kecuali AP untuk barang itu' pula. 

Seperti sahabat saya yang kurang yakin berkata tadi : "Wayang bro. Tengoklah kalau harga turun".

Tahniah dan ribuan terima kasih kepada Dato Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri kita yang agak berani juga membatalkan AP mengimpot barang makanan.

Kita sokong bro. The people are with you on this one.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.