`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 2, 2022

Panik raya awal, kaunter zakat diserbu

 

Umat Islam yang pada awalnya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih, menyerbu kaunter kutipan zakat, sebaik sahaja takbir raya selesai dilaungkan semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kaunter kutipan zakat di beberapa masjid utama di sekitar Kuala Terengganu menjadi tumpuan umat Islam semalam, dengan ada yang terpaksa beratur panjang untuk membayar zakat fitrah sebaik sahaja tarikh sambutan Aidilfitri diumumkan.

Umat Islam yang pada awalnya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih, menyerbu kaunter kutipan zakat, sebaik sahaja takbir raya selesai dilaungkan.

Berita Harian melaporkan hampir 200 orang berbaris panjang untuk membayar zakat fitrah di lima kaunter yang dibuka di ruang khas Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Embong Jusoh, 56, dari Kampung Ladang berkata, beliau terus ke kaunter di ruang khas masjid itu untuk membayar zakat selepas selesai takbir raya.

Masjid Abidin berlaku sedikit kesesakan lalu lintas, apabila lebih 500 orang menyerbu kaunter zakat untuk menjelaskan bayaran.

Kesesakan itu berpunca daripada kenderaan yang diletakkan di bahu jalan untuk memasuki perkarangan masjid bagi menjelaskan zakat fitrah.

Bagaimanapun, ahli jawatankuasa masjid berjaya mengawal suasana kelam-kabut itu sepenuhnya.

Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad semalam bahawa Aidilfitri disambut hari ini mengejutkan kebanyakan umat Islam di negara ini yang menjangkakan ia bakal disambut esok.

Ramai yang agak kalut dalam membuat persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal, khasnya menyediakan juadah raya malam tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.