`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 15, 2022

Pemandu MPV tular enggan beri ambulans laluan ada masalah pendengaran

 

Tangkap layar video memaparkan pemandu MPV dikatakan enggan memberi laluan kepada ambulans. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular selepas enggan memberikan laluan kepada ambulans dalam keadaan siren dibunyikan disahkan mengalami masalah pendengaran, kata Ketua Polis Kampar Mohamad Nazri Daud.

Beliau berkata, pemandu MPV itu yang juga warga emas berusia 62 tahun mengalami masalah pendengaran “tinnitus-acoustic neuroma”, sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki itu masih lagi mendapatkan rawatan lanjut dari pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, Polis Daerah Kampar melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu terbabit,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku di KM292 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara.

Menurutnya, polis berjaya mengesan pemandu kenderaan itu, hari ini, dan pemandu serta pemilik kenderaan itu diarah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar bagi siasatan lanjut.

Terdahulu, video berdurasi 37 saat dipercayai dirakam dari sudut arah ambulans berkenaan yang memaparkan insiden, tular di media sosial hingga menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang turut berkongsi paparan video itu di Facebook.

Menerusi video itu, kelihatan MPV jenis Honda CRV warna putih berkenaan yang dipandu di lorong kanan, enggan memberi laluan kepada ambulans yang dibunyikan siren dan berada tepat di belakang MPV itu hingga memaksa ambulans memotong di laluan kiri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.