`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 9, 2022

Perubahan kerajaan negeri ‘bantut’ rancangan naik taraf loji rawatan air Kedah, kata MB

 

Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru malah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

PETALING JAYA: Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru, malah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu susulan loji rawatan air (LRA) dan sistem saluran paip digunakan sudah terlalu lama, termasuk ada yang dibina pada zaman penjajah, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, keadaan itu bertambah kritikal beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan pertambahan populasi, premis perumahan dan perniagaan serta industri yang berlipat kali ganda di seluruh Kedah.

Katanya, susulan itu kerajaan negeri menyusun pelan menaik taraf sistem bekalan air terutama membabitkan lima LRA utama sejak penubuhan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) pada 2010. Ini merangkumi pelan jangka pendek dan panjang termasuk mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi mengatasi masalah bekalan di seluruh negeri.

Bagaimanapun, Sanusi mendakwa perancangan menaik taraf LRA tersebut tertangguh apabila berlaku perubahan kerajaan negeri selepas pilihan raya lalu, sebelum diteruskan semula susulan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertukar pada Mei 2020 di Kedah.

Muhammad Sanusi Md Nor.

“Jika pelan dasar itu tidak diubah, usaha mengatasi masalah bekalan air di seluruh Kedah dapat dilaksanakan lebih awal dan berkemungkinan tidak berlarutan hingga ke hari ini.

“Hanya setelah berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri pada Mei 2020…pelbagai langkah penyelesaian lebih konkrit serta komprehensif dilaksanakan mengikut prosedur dan nasihat daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air (KASA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Katanya, semua projek menaik taraf lima LRA terbabit iaitu LRA Pelubang di (Kubang Pasu), LRA Lubuk Buntar Lama (Bandar Baharu), LRA Sungai Limau (Baling), LRA Jenun Baru (Pendang), dan LRA Bukit Selambau (Kuala Muda) dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, dengan kos mencecah RM931 juta.

“Selain itu, kerajaan negeri juga menyusun pelan pengurangan air tidak terhasil (NRW) termasuk pelan penggantian paip di seluruh Kedah yang keseluruhannya menelan kos hampir RM1 bilion,” katanya.

Sanusi berkata, beliau memberikan penjelasan berhubung masalah gangguan air di Kedah bagi menangkis tohmahan pihak yang ingin mengambil kesempatan seolah-olah kerajaan negeri dan SADA tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah berlaku di negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.