`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 8, 2022

Polis ditempatkan di 3 pintu masuk ibu negara

 

Polis sentiasa bersiap siaga untuk menerima pertambahan mendadak kenderaan dan menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh.

PETALING JAYA: Polis menempatkan anggotanya hari ini bagi membantu menyuraikan trafik di tiga pintu masuk ke ibu negara dari arah pantai timur, selatan dan utara.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh, langkah itu bagi memastikan aliran trafik terkawal susulan kepulangan warga kota selepas cuti Aidilfitri.

Katanya, polis sentiasa bersiap siaga untuk menerima pertambahan mendadak kenderaan dan menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati.

“Jangan membuat kesalahan yang boleh membahayakan nyawa kepada kita sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Perancangan JSPT KL, kami meletakkan pasukan untuk membantu mereka yang pulang dari kampung masuk ke pusat bandar dan kembali ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang media awal pagi tadi selepas mengetuai Op Utama sempena Op Selamat 18 di ibu negara, lapor Harian Metro.

Sebanyak lima sekatan jalan raya dilakukan dalam operasi sehingga jam 3 pagi itu iaitu di Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Jalan Genting Klang, Jalan Duta Kiara dan Jalan Klang Lama.

Sarifudin berkata, seramai 13 pegawai dan 85 anggota terbabit dalam operasi itu yang mengesan pelbagai kesalahan jalan raya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.