`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 24, 2022

Bekas wakil rakyat keluar Bersatu, Hamzah kata biarlah

 

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata keputusan bekas wakil rakyat menyertai parti lain tidak akan menjejaskan parti itu.

PETALING JAYA: Bersatu tidak akan terjejas dengan keputusan bekas ADUN Permas daripada parti itu yang mengumumkan menyertai Amanah, semalam.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata perkara itu bukan sesuatu yang penting, sambil menggambarkan Che Zakaria Mohd Salleh, sekadar “bekas” sahaja.

“Kalau dah bekas-bekas itu…biarlah,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Che Zakaria menyertai Amanah sambil memaklumkan dua lagi bekas ADUN Bersatu akan mengikuti jejaknya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, keputusan masuk parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu dibuat secara peribadi tanpa paksaan mana-mana pihak selepas membuat pertimbangan selama lima bulan.

“Saya sudah berfikir perkara ini lama, bukan baru ini saja. Saya pilih Amanah selepas membuat kajian selama lima bulan. Apakah parti politik yang sesuai untuk saya bagi meneruskan hasrat untuk membela dan membantu rakyat.

“Keputusan menyertai Amanah dibuat selepas melihat parti ini tidak mempunyai banyak birokrasi dan juga masalah kepimpinan, itu antara sebab utama,” katanya menurut Berita Harian.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Terbaharu, Ketua Sayap Bersekutu Bersatu mewakili ahli bukan Bumiputera, Edmund Santhara Kumar, yang juga Ahli Parlimen Segamat, dilaporkan keluar parti, namun perkara itu dinafikan ketua penerangannya, Wan Saiful Wan Jan, yang mengatakan beliau hanya mahu melepaskan jawatan sahaja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.