`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 30, 2022

Gangguan bekalan elektrik, pengguna terjejas diberi rebat, kata menteri

 

Takiyuddin Hassan berkata rebat akan disediakan khususnya peniaga besar yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan sebahagian besar Lembah Klang dan beberapa negeri Rabu lalu.

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat, khususnya kepada peniaga yang terjejas susulan gangguan bekalan elektrik yang dialami di beberapa negeri, Rabu lalu, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, seramai satu juta akaun mengalami gangguan bekalan elektrik selama dua jam 21 minit pada hari berkenaan.

“Ia melibatkan akaun domestik, industri dan komersial. TNB akan menyediakan rebat kepada mereka yang terkesan.

“Justeru, pengguna akaun yang terkesan untuk tempoh tertentu seperti peniaga besar contohnya KLCC, boleh membuat tuntutan dengan menyatakan jumlah kerugian yang dialami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Parlimen Kota Bharu, menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata maklumat terperinci berhubung perkara itu akan dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos nanti.

Rabu lalu, TNB mengesahkan berlakunya gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri yang berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.