`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, July 30, 2022

Individu babit kes gaduh di Kuala Ibai diburu

 

Pergaduhan itu berlaku di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai, jam 9 malam, Khamis lalu, kata Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa individu dikesan bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di luar sebuah kedai makan di Kuala Ibai, Terengganu.

Menurut Ketua Polis Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din, setakat petang semalam, lapan lelaki berusia antara 23 dan 41 tahun sudah ditahan.

Kata Abdul Rahim, berdasarkan maklumat diterima, pergaduhan itu berlaku di luar sebuah kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai, jam 9 malam, Khamis lalu.

Namun, katanya, suasana di kawasan berkenaan dalam keadaan biasa setibanya polis di lokasi kejadian dan semua mereka yang terbabit dalam pergaduhan itu dipercayai sudah melarikan diri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Hasil siasatan dan risikan mendapati dipercayai seramai 15 hingga 20 orang daripada dua kumpulan terbabit dalam pergaduhan itu dengan menggunakan senjata berbahaya,” katanya, menurut Berita Harian.

Katanya, siasatan juga mendapati pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara seorang lelaki dengan seorang pengawal keselamatan mengenai isu tempat letak kenderaan pada pagi hari sama di sebuah kawasan perumahan.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu berhubung dengan pegawai penyiasat Rohaidy di talian 013-9324302 atau bilik gerakan IPD Kuala Terengganu di talian 09-6322243 bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.