`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 30, 2022

Polis tahan 3 individu disyaki dera kanak-kanak di Jempol

 

Polis berkata permohonan reman ke atas individu terbabit akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita hari ini dipercayai mempunyai kaitan kes mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata mereka ditahan pada 11.30 pagi selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 42 tahun itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan satu rekod berkaitan dadah.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Media sebelum ini melaporkan polis mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun iaitu R Guna Silan, 42, K Nagamah, 41 dan G Nisha, 21.

Mereka yang masing-masing beralamat di Taman Seri Mahsan, Jempol, merupakan bapa dan ibu saudara serta sepupu mangsa.

Kanak-kanak tersebut didapati mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan serta sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selain telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jempol. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.