PETALING JAYA: Mohd Effendy Abdul Ghani dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baharu selepas menewaskan pencabarnya, Mohd Japar Abdul Majid dalam Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Ke-42, bagi penggal 2022-2025.
Jawatan timbalan pula dimenangi Matkar Siwang, manakala setiausaha agung dimenangi Kamarul Baharin Mansor.
Dalam kenyataan MTUC berkata, persidangan berlangsung selama dua hari itu dihadiri seramai 411 ahli, dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
“Dengan selesainya persidangan itu maka MTUC telah melengkapkan kekosongan semua jawatan kecuali wakil belia dan wanita,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.