`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 21, 2022

Nafas nafi ada kartel dalam industri padi

 

Sistem pengurusan yang kurang efisyen punca kepada purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar, menurut Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menolak dakwaan kemungkinan wujudnya kartel dalam industri padi negara seperti yang berlaku dalam industri ternakan ayam dan daging.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Zamri Yaakob berkata, purata hasil padi yang tidak mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar adalah disebabkan sistem pengurusan yang kurang efisyen, bukan kerana wujudnya kartel terbabit.

“Saya rasa tak ada kartel padi. Belum lagi dengar ada yang kawal industri ini seperti kartel ayam.

“Dalam sektor pertanian tak ada. Sistem pengurusan yang perlu diperbetulkan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengatakan kemungkinan wujudnya kartel dalam industri padi berikutan masih gagal mencapai sasaran tujuh tan metrik per hektar.

Pada 18 Mei lalu, Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah akan memerangi kewujudan kartel dalam industri padi di negeri ini, sekiranya wujud, dalam memastikan pengeluaran hasil padi dapat ditingkatkan selain membela nasib para petani.

Menurutnya, isu kemungkinan wujudnya kartel padi itu timbul apabila model penanaman padi yang diusahakan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mampu mencapai hasil 7.8 tan sehektar, berbanding purata hasil padi sedia ada sebanyak enam tan sehektar.

Katanya, LZNK telah mencapai hasil sebanyak 7.8 tan itu dalam tuaian pertama sawah padi berkeluasan kira-kira 30 hektar yang diusahakan agensi itu sendiri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.