`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, July 6, 2022

Syukur, kata Yasin setelah terlepas hukuman mati

 

Yasin Sulaiman dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati, selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Yasin menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan positif buat dirinya.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya menurut laporan Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret hari ini.

Mengikut pertuduhan, penyanyi popular dengan lagu Mimpi Laila itu didakwa mengedar ganja dianggarkan seberat 214g di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pada 5.30 petang 24 Mac lalu.

Tetapi, dia dituduh memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7g mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.

Abanganya, Zain Sulaiman, 50, berkata mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan itu, walaupun adiknya tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha ini.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya. Namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yasin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus berdoa untuk Yasin.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.