`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 2, 2022

Atlet pecut muda, Azeem pecah rekod 100m negara

 

Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecahkan rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun.

KUALA LUMPUR: Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memecahkan rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Stadium Olimpik Pascual Guerrero di Cali, Colombia, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pelari berusia 18 tahun itu memadam rekod lama 10.18s yang dicipta bekas jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.

Catatan 10.09s Azeem dalam saingan saringan lapan itu menyaksikan beliau muncul pelari pertama melintas garisan penamat dengan mengejutkan atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita di tempat kedua dengan catatan 10.24s.

Azeem dan Yanagita masing-masing mengesahkan tempat ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung awal pagi esok.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada masa sama, hanya pelari Botswana berusia 19 tahun, Letsile Tebogo yang berlari dalam saringan tiga mencatat masa lebih pantas daripada Azeem, selepas memperbaharui rekod kejohanan dengan catatan masa 10s.

Sementara itu, pemenang pingat emas 100m dan 200m Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Puripol Boonson dari Thailand turut menjuarai saringan enam dengan catatan 10.20s untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Azeem sebelum ini menyertai Kejohanan Olahraga Dunia B-20 sebagai remaja keempat terpantas di Asia masing-masing dalam 100m dan 200m berdasarkan catatan masa sehingga Julai lepas.

Berdasarkan catatan masa peribadi terbaik, Yanagita pelari terpantas dengan catatan 10.16s, diikuti Boonson (10.19s), Wang Shuang dari China (10.23s) dan Azeem di kedudukan keempat dengan catatan 10.28s menerusi Kejohanan Olahraga Perak Allcomers di Ipoh pada Jun lepas.

Dalam acara 200m, Booson merupakan pelari terpantas selepas merakam masa 20.19s, diikuti atlet Korea Selatan, Son Ji-won (20.80s), Yan Haibin dari China (20.88s) dan Azeem dengan catatan 20.89s dalam Kejohanan Remaja Sarawak di Kuching bulan lepas.

Azeem akan mengambil bahagian dalam 200m di Cali dengan acara itu dijadualkan bermula 3 Ogos (4 Ogos di Malaysia).

Kejayaan Azeem itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu.

“Pencapaian luar biasa dari bumi Colombia!!! Teruskan momentum kejayaan ini Azeem,” katanya di Twitter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.