`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 30, 2022

Demokrasi dan reformasi: Ada dua definisi baharu rupanya

 

Definisi “demokrasi” sememangnya luas. Dalam konteks artikel ini perlu dinyatakan secara ringkas antara elemennya ialah: ”Satu sistem politik untuk memilih dan menggantikan kerajaan melalui pilihan raya bebas dan adil”. Betul?

Salah. Jika mengikut definisi Abdul Hadi Awang, presiden PAS dan agamawan tersohor.

Menurut beliau apa yang berlaku pada Februari 2020 adalah demokrasi. Hadi menegaskan kerajaan Perikatan Nasional dibentuk secara demokrasi selepas mengambil alih daripada Pakatan Harapan waktu itu.

Ads by Kiosked

“Kita (PN) ambil alih dalam keadaan teratur, tiada tumpah darah, tiada demonstrasi, tak bergaduh rakyat dengan polis,” kata beliau. Oleh kerana tidak ada itu semua maka demokrasi terjalin. Begitu?

Betul tidak ada semua yang Hadi gariskan itu. Cuma beliau tidak ingat (lupa atau terlupa?) untuk menambah satu lagi “yang tiada”. Tiada pilihan raya – elemen penting dalam sistem demokrasi. “Memilih dan mengganti kerajaan melalui pilihan raya bebas dan adil” satu elemen demokrasi yang disebut di atas.

Perikatan Nasional (yang komponennya termasuk PAS pimpinan Hadi) mengambil alih kerajaan melalui apa yang dilabel Langkah Sheraton. Gerak itu dicipta dengan pelompatan sekumpulan Ahli Parlimen kerajaan waktu itu – berpaling tadah dan bergabung dengan pihak lawan.

Lantas Langkah Sheraton diibaratkan rampasan kuasa. Benar rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah seperti yang dikatakan Hadi. Tetapi hakikatnya rampas kuasa dengan menggulingkan kerajaan pilihan majoriti rakyat kerana ia menang pilihan raya yang diadakan dua tahun terdahulu. Hakikatnya PN menjadi kerajaan tanpa melalui proses demokratik yakni pilihan raya. Apa lagi memenanginya.

Namun bagi Hadi itu adalah “proses membentuk kerajaan secara demokrasi”. Tak apa lah. Itu hak beliau untuk percaya sedemikian walaupun berlainan dengan definisi demokrasi yang diterima pakai majoriti. Hak beliau memberi pandangan dan pendapat pun satu elemen demokrasi.

Apa pun perlu diingat dalam demokrasi suara majoriti mengatasi suara minoriti. Tidak tahu sama ada Hadi menganggap dirinya pihak majoriti atau minoriti dalam isu PN bentuk kerajaan secara demokrasi.

Ads by Kiosked

Itu kisah presiden PAS. Ini pula kisah presiden Umno. Ahmad Zahid Hamidi mengaskan partinya mahu kerajaan “yang mempunyai keabsahan rakyat bukan melalui percaturan politik “.

Akan tetapi Umno juga terbabit dalam Langkah Sheraton (bukankah ini percaturan politik?) untuk duduk dalam kerajaan PN.

Tidak lama kemudian Umno menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin untuk melonjakkan orangnya Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan membentuk kerajaannya. Realitinya bentuk kerajaan tanpa dipilih rakyat pada pilihanraya.

Bagi saya dan tentu juga anda itu juga percaturan politik. Setuju? Tetapi Zahid nampaknya ada pandangan tersendiri – apa itu percaturan politik dan apa itu keabsahan rakyat .

Berkata juga Zahid bahawa pada PRU15 nanti Umno akan mengemukakan satu agenda perubahan atau “reforms agenda”. Ertinya ada “bereformasi”.

“Kedudukan kami jelas. Kami tidak mahu institusi perundangan dan penguatkuasaan dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan,” kata beliau pada apa yang dipanggil taklimat khas presiden Umno tempoh hari.

Ads by Kiosked

Pada masa yang sama iaitu di majlis taklimat khas itu beliau dan barisan kepimpinannya “membayangkan” (sebenar lebih daripada bayangan) rasa tidak puas hati dan kekecewaan Umno terhadap perdana menteri yang merupakan “orang kita” kerana tidak melakukan “sesuatu” atau tidak bersungguh-sungguh membantu parti khususnya kes pemimpin kesayangan Umno, Najib Razak.

Adakah itu satu desakan campur tangan perdana menteri? Adakah itu boleh dilihat sebagai tuntutan ‘manipulasi’ institusi perundangan dan penguatkuasaan oleh pihak berkepentingan? Adakah ini agenda perubahan yang ditawarkan Umno yang diperkatakan Zahid?

Jelas Zahid mempunyai pandangan, istilah, serta definisi apa itu manipulasi? Apa itu “reform agenda”? Apa itu keabsahan rakyat?

Seperti presiden PAS, presiden Umno juga punya hak “freedom of expression” berdasarkan amalan demokrasi. Namun beliau sebagai politikus berpengalaman luas tentu tahu dalam sistem demokrasi ada juga hak “setuju untuk tidak bersetuju”.

Dalam soal agenda perubahan Umno tidak dapat dipasti pada waktu ini pihak mana yang lebih ramai – yang bersetuju dengan definisi Zahid atau pihak yang tidak bersetuju. - FMT

Ads by Kiosked

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.