`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 30, 2022

Hampir semua pekerja mahu latihan, tetapi kurang dapat peluang

 

Peningkatan kemahiran tenaga kerja adalah usaha bersama kedua-dua majikan dan pekerja, kata Pengarah Randstad Malaysia Fahad Naeem.

PETALING JAYA: Sebuah tinjauan mendedahkan bahawa hampir 100% pekerja di Malaysia berminat untuk menerima latihan dan peluang pembangunan di tempat kerja bagi meningkatkan kemahiran.

Malangnya, peluang untuk mendapatkannya tipis.

Menurut tinjauan Randstad Workmonitor 2022, 97% rakyat Malaysia berminat dengan peluang pembelajaran dan pembangunan, tetapi hanya 36% berkata majikan mereka menawarkan latihan dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Pekerja-pekerja di Malaysia sedar tentang kepentingan program latihan peningkatan kemahiran diadakan secara berkala sebagai sebahagian daripada perjalanan pembangunan kerjaya mereka,” kata Pengarah Randstad Malaysia Fahad Naeem dalam kenyataan.

Apabila ditanya jenis latihan yang mereka mahukan, 61% daripada responden mahu latihan kemahiran teknikal, 60% mahu membangunkan kemahiran insani, dan 54% berminat untuk berkembang dalam peranan mereka sekarang.

Selain ingin meningkatkan prestasi dalam pekerjaan mereka, tinjauan menunjukkan bahawa 96% daripada responden mahu mendapatkan khidmat nasihat pembimbing kerjaya.

Sebanyak 65% mahu mendapatkan nasihat tentang keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, 64% mahu memperoleh pendapatan lebih tinggi, manakala 43% mahu nasihat untuk memajukan kerjaya dengan majikan sedia ada.

Bagaimanapun, di sebalik keghairahan itu, masih wujud perasaan ragu-ragu untuk meningkatkan kemahiran disebabkan bebanan kerja yang melampau serta kekurangan keupayaan mental untuk menghadiri kursus latihan, kata Fahad.

“Peningkatan kemahiran tenaga kerja adalah usaha bersama kedua-dua majikan dan pekerja,” katanya.

“Dalam era transformasi digital, syarikat perlu melabur dalam pembangunan tenaga kerja yang tangkas dan sedia masa depan untuk memperoleh kelebihan daya saing.” katanya.

Tinjauan itu dijalankan dari 21 Feb hingga 13 Mac, dengan 750 responden yang terdiri daripada pekerja tempatan berusia antara 18 hingga 67 tahun.

Tinjauan Randstad itu dilancarkan pada 2003 dan meliputi 34 pasaran di dunia, termasuk di Eropah, Asia Pasifik dan benua Amerika. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.