`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 31, 2022

PRU15: Umno Kelantan sasar 35 DUN, 9 Parlimen, kata Jazlan

 

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata senarai nama calon akan diserahkan kepada presiden parti bulan depan.

PETALING JAYA: Umno Kelantan mensasarkan untuk menang di 35 kerusi DUN dan sembilan kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya Umum ke-15 (PRU15), kelak.

Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sasaran itu tidak mustahil sekiranya mereka bekerja keras.

“Kalau orang kata kita bercita-cita besar, tidak mengapa kerana setiap perkara perlu dimulakan dengan cita-cita. Insya Allah kita memperoleh sasaran berkenaan.

“Untuk kerusi Parlimen juga tidak mustahil memandangkan pada PRU-11 iaitu pada 2004, kita pernah memperoleh kemenangan sembilan kerusi Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pihaknya juga sedang menyenaraikan calon untuk PRU15 sebelum diserahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bulan depan.

“Calon yang akan dikemukakan kali ini adalah kombinasi calon baharu dan lama membabitkan pelbagai latar belakang.

“Kita akan pastikan calon yang dikemukakan nanti adalah layak dan mendapat sokongan daripada pengundi. Selain orang muda atau muka baharu, calon wanita juga diberi peluang untuk bertanding.

“Senarai calon berkenaan akan diserahkan ketika saya mengadakan pertemuan dengan presiden parti bulan depan,” katanya.

Justeru, beliau merayu kepada rakyat Kelantan supaya memberi peluang kepada Umno untuk membuktikan mereka mampu melakukan lebih baik berbanding pemerintahan sedia ada.

“Saya beri jaminan akan melakukan lebih baik supaya manfaat semaksimum mungkin dikecapi oleh rakyat, malah apa perkara baik yang dilakukan PAS juga akan diteruskan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.