`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 15, 2022

Budak 6 tahun rentung, 5 lagi cedera selepas rumah terbakar

 

Dalam kejadian tengah malam tadi di Kampung Perpaduan, Jalan Kinabatangan, sebuah rumah tidak kekal musnah terbakar.

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak rentung manakala lima lagi cedera selepas kediaman mereka di Kampung Perpaduan, Jalan Kinabatangan terbakar tengah malam tadi.

Bomba menemukan mangsa yang rentung, Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6, di dalam sebuah bilik di rumah terbabit selepas api berjaya dipadamkan.

Lima mangsa lain, yang mengalami kecederaan melecur, terdiri daripada ahli keluarga mangsa – Mohd Adsni Sani, 43, Alina Sahari, 41, Mohd Isnain Mohd Adsni, 12, Mohd Adlisyam Mohd Adsni, 3, dan Mohd Ishak Hafsham, 15.

Jurucakap bomba Sabah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.40 tengah malam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, dalam kejadian itu, sebuah rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

“Seorang mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik, lima mengalami kecederaan manakala dua lagi penghuni rumah terbabit terselamat.

“Apabila pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati turut terbakar ialah sebuah motosikal, manakala sebuah kenderaan pacuan empat roda berjaya diselamatkan,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 2.04 pagi dan operasi ditamatkan pada 3.56 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital bagi menerima rawatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.