`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 5, 2022

Idea alternatif GST oleh MIER kurang bernas, kata bekas pengerusi

 

Bekas pengerusi MIER Kamal Salih berkata, badan pemikir itu telah menjadi pendukung GST sejak 1988 disebabkan meritnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang bekas pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mempersoalkan kebijaksanaan badan pemikir itu mendesak cukai jualan dan perkhidmatan (HSST) yang diselaraskan sebagai alternatif kepada cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerajaan.

Kamal Salih berkata, MIER mendukung GST sejak 1988 kerana percaya pada meritnya.

“Saya khuatir langkah MIER memilih HSST berbanding GST boleh merosakkan reputasinya,” katanya kepada FMT ketika mengulas cadangan badan pemikir itu untuk HSST 10%.

Menurut MIER, alternatif yang dicadangkannya itu lebih cekap berbanding GST dan hanya akan memberi impak kepada sektor ekonomi paling penting.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kamal Salih.

Kamal berkata, tiada bukti untuk menyokong dakwaan itu.

“Tiada kajian atau data untuk menyokong hujah bagi (pelaksanaan) HSST,” katanya.

“Hakikatnya kekal bahawa keputusan kerajaan untuk menghentikan GST pada 2018 ialah satu kesilapan yang belum dapat dipulihkan secara fiskal bagi negara.”

Beliau mengakui bahawa GST tidak sempurna, tetapi mendakwa ia adalah bentuk percukaian yang paling cekap. Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi kelemahannya, tambah Kamal.

“Saya selalu berkata, GST mesti dilengkapi dengan pembaharuan cukai seperti cukai keuntungan modal,” katanya.

“Pengecualian dan ambang perlu dipatuhi jika mahu GST berkesan. Langkah ini bagi memastikan impak cukai itu adil bagi semua, golongan miskin mahupun kaya.”

Berjoyai Bardai.

Ahli ekonomi Barjoyai Bardai daripada Universiti Tun Abdul Razak berkata, beliau melihat cadangan MIER itu sebagai penaiktarafan SST.

“Dalam jangka pendek, ia boleh meningkatkan kutipan cukai dan mungkin membawa kepada pengurangan harga runcit,” katanya.

“Namun dalam jangka panjang, kita perlu fikir secara serius untuk kembali kepada GST, dengan (melakukan) penambahbaikan berdasarkan pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman pertama melaksanakannya.”

Menurut Barjoyai, GST diiktiraf sebagai sistem cukai tidak langsung yang cekap oleh Komuniti Ekonomi Eropah, yang menjadikannya sebagai prasyarat bagi mana-mana negara Eropah yang ingin menyertainya.

“GST adalah sangat komprehensif sehingga ia berkesan dalam menangani ekonomi bayangan di Malaysia, yang bernilai RM300 bilion ketika ia diperkenalkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.