`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 22, 2022

Jadi Pak Lebai AJK Masjid Tak Tahu Moral Ke?

 Saya  tak terkejut sedikit pun bila ketua parti lebai kata corruption atau rasuah itu berpunca daripada kaum bukan Melayu dan bukan Islam.


Dari dulu lagi, sejak berpuluh tahun lagi, saya nampak dengan jelas bahawa kepercayaan dan kenyataan seperti ini mencerminkan tahap IQ puak lebai ini. Bukan saja dalam negara kita tetapi hampir di seluruh dunia.  Di mana terdapat safih, kibaar dan kaddab di situlah jama' mereka sekali.  

Dan saya juga tidak terkejut melihat gambar dan mesej berikut pula yang saya terima dalam Whatsapp hari ini juga:



Dan juga sindiran terhadap AJK Masjid yang sambut solat hajat untuk "penjenayah":


 

 

Jadi di manakah moral dan maruah puak lebai ini? Di manakah moral dan maruah AJK Masjid yang terlibat?

Semua masjid di bina dengan duit rakyat. Duit kita. Samada menerusi kita bayar cukai kepada kerajaan atau duit kita dijadikan modal untuk GLC atau untuk bagi kontrak kepada kaum elit - punca semua duit adalah kita, ia itu rakyat marhaen.

Duit yang dicuri itu pun adalah duit rakyat. Orang yang curi duit itu langsung tidak peduli dan tidak hormati  susah payah rakyat biasa bekerja atau berniaga mencari hidup yang juga membolehkan mereka tunaikan tanggungjawab bayar cukai kepada kerajaan.   AJK Masjid itu pun tidak faham bahawa mereka meraikan pencuri duit rakyat dalam masjid yang juga dibina dengan guna duit rakyat.

Masjid itu bukan AJK punya. Kalaulah mereka masih mahu sambut solat hajat untuk pencuri dan penjenayah memang ada solution atau penyelesaian yang mudah. AJK cuma perlu kutip duit sendiri, beli sekeping tanah sendiri  dan pergi buat masjid sendiri.  Lepas itu bolehlah buat ikut suka hati sendiri dalam masjid buatan sendiri.

Ataupun buatlah dalam rumah sendiri. Rumah yang saiz sekangkang kera pun boleh muatlah 10 atau atau 20 orang sekali.  

Jangan membazir harta rakyat. Jangan makan duit rakyat. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.