`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 4, 2022

Jawatankuasa Kabinet hanya mesyuarat 3 bulan selepas isu dera Bella, kata Ahli Parlimen

 

Hannah Yeoh, jawatankuasa khas Kabinet itu sepatutnya terus membincangkan isu golongan rentan selepas mesyuarat Kabinet setiap minggu kerana ahlinya sama saja. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan hanya mengadakan mesyuarat pertama, tiga bulan selepas isu penderaan Bella berlalu.

Katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun menyatakan mesyuarat khas itu akan diadakan segera dalam masa terdekat selepas jawatankuasa khas Kabinet berkenaan ditubuhkan.

“Sekarang sudah berlalu tiga bulan, baru mesyuarat kali pertama dilakukan. Sepatutnya mereka boleh terus melakukan perbincangan tentang isu golongan rentan ketika mesyuarat Kabinet yang diadakan setiap minggu, sedangkan ahli pun sama saja.

“Tak payah tunggu mesyuarat khas baru nak bincang isu itu, rakyat tak boleh tunggu lama sehingga tiga bulan,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Yeoh berkata, perbincangan sepatutnya dilakukan secara kerap kerana isu golongan rentan memerlukan penyelesaian segera.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik langkah Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memperluaskan definisi golongan rentan kepada 12 kategori, termasuk gelandangan, individu tanpa dokumen perjalanan, pelarian, pesakit penyakit berjangkit dan miskin.

“Apabila kita ada kementerian yang khusus bagi membantu golongan rentan ini, segala usaha patut disegerakan. Masa adalah berharga.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.