`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 9, 2022

Kenaikan OPR beransur-ansur tak beri kesan ketara kepada B40, kata timbalan menteri

 

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata BNM menegaskan sebarang keputusan untuk melaraskan dasar monetari pada masa depan akan dilaksana secara terkawal. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara beransur-ansur ke atas jumlah bayaran balik pinjaman pengguna tidak akan memberi kesan ketara khususnya kepada golongan B40.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, berkata menurut Bank Negara (BNM) ia kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap yang kebanyakannya untuk pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi.

“Kerajaan menerusi BNM juga ingin menekankan bahawa pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas (vulnerable groups).

“Ini termasuk kemudahan bawah dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank, serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),” katanya di Dewan Negara.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dewan Negara, Aziz Ariffin yang meminta menteri kewangan menyatakan sama ada kerajaan melaksanakan kajian lapangan mengenai tahap kesiapsiagaan rakyat terhadap penetapan kadar OPR yang jelas akan membebankan rakyat secara langsung apabila kadar OPR dinaikkan.

Dalam pada itu, Shahar berkata BNM mahu menekankan bahawa sebarang keputusan untuk melaraskan dasar monetari pada masa depan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur.

Katanya, ini supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi negara.

“Pendekatan kenaikan OPR secara beransur-ansur ini adalah sangat penting untuk mengelakkan tekanan pada masa akan datang.

“Untuk menaikkan kadar OPR secara tergesa-gesa dan pada magnitud yang besar seperti apa yang sedang berlaku di Amerika Syarikat (kadar inflasi: 9.1%), di Filipina (kadar inflasi: 6.1%) dan di Turki (kadar inflasi: 78.6%) yang boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan rakyat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.