`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 13, 2022

Kes buli MRSM Kuantan: Pelajar boleh dibuang sekolah, kata Mahdzir

 

Mahdzir Khalid menyerahkan kes buli di MRSM Kuantan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti laporan lengkap selepas disiapkan nanti. (Gambar Facebook)

SERDANG: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir Khalid berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar terbabit dalam kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan.

Beliau berkata, buli adalah kes serius dan berdasarkan SOP Mara, pelajar terbabit boleh dibuang sekolah.

“Misalnya insiden di MRSM Kepala Batas, pelajar buli pelajar lain apabila lembaga disiplin dapat sahkan, memang (pelajar itu) dibuang,” katanya selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022.

Mahdzir berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan beliau akan meneliti laporan lengkap selepas disiapkan nanti.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mahdzir Khalid.

“Bila sudah buat laporan polis, kita tak nak komen apa-apa lagi. Biarlah polis siasat.”

Semalam, pengguna Facebook, Nazrah Mohamed mendakwa tiada sebarang tindakan diambil pihak pengurusan MRSM Kuantan berhubung kes buli membabitkan anaknya.

Dalam hantaran itu, beliau berkongsi gambar baju sekolah anaknya diconteng dan rambut digunting ketika tidur, selain mendakwa wujud perbuatan khianat serta budaya gengsterisme di sekolah itu.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan menerima dua laporan kes buli daripada warden dan ibu pelajar MRSM Kuantan semalam.

Katanya, perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat kerana ia memerlukan siasatan amat teliti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.