`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 22, 2022

KL, Putrajaya terima amaran cuaca buruk malam ini

 

Putrajaya dan Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Pahang dijangka berdepan cuaca buruk malam ini.

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima amaran cuaca buruk malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Turut menerima amaran cuaca tidak menentu itu adalah Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang).

“Di Pahang, kawasan dijangka terjejas adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin sementara Jelebu dan Seremban di Negeri Sembilan.

“Dua kawasan di Johor iaitu Mersing dan Kota Tinggi turut menerima amaran berjaga-jaga, manakala di Sarawak – Samarahan, Simunjan, Betong, Sarikei, Sibu dan Selangau, Mukah, Daro dan Matu serta Bintulu sementara Sabah melibatkan Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan,” menurut MetMalaysia.

MetMalaysia berkata, amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku hingga 11 malam ini.

Amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.