`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 15, 2022

Mahkamah benar Najib pinda notis usul permohonan masuk bukti tambahan

 

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berkait dana SRC International.

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan Najib Razak meminda notis usul dalam permohonannya bagi memasukkan bukti tambahan berhubung keterangan beberapa individu dalam rayuan akhir kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Antaranya, keterangan viva voce (lisan) pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussein berhubung siasatan skandal SRC International.

Menurut laporan Berita Harian, keterangan itu sama ada Rosli menyedari peranan lalu dan pembabitan hakim perbicaraan kes SRC Nazlan Ghazali sebagai peguam am dan setiausaha syarikat Maybank Group.

Antaranya berhubung perkhidmatan nasihat strategik yang diberikan Maybank Investment Berhad dan Bina Fikir Sdn Bhd kepada 1MDB untuk penubuhan SRC pada 2010/2011.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ia juga berkaitan pemberian pinjaman RM4.7 bilion Maybank kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy Berhad pada 2012.

Bukti tambahan lain termasuk keterangan lisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berhubung peranannya dalam urusan dan pelantikan Maybank Investment Berhad serta Bina Fikir Sdn Bhd dan pegawainya berkaitan perkhidmatan nasihat strategik dalam penubuhan SRC International pada 2010/2011.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berkata, mahkamah belum membuat keputusan berhubung merit substantif di peringkat ini.

Oleh itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Najib mengemukakan hujahan permohonan notis usul itu sebelum Mahkamah Persekutuan memberikan keputusan.

Bekas perdana menteri itu disabitkan bersalah oleh Nazlan pada 28 Julai 2020 atas tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan RM42 juta dana SRC International selepas perbicaraan selama 76 hari. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Sabitan dan hukumannya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021, tetapi digantung sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Usul sekarang difailkan Jun tahun ini oleh bekas peguam cara Najib, Shafee & Co. Pada 16 Julai lalu, mereka memfailkan permohonan untuk meminda usul itu bagi memasukkan maklumat tambahan yang diterima kemudian. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.