`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 15, 2022

MEF mahu ‘tarik’ pelarian Rohingya masuk pasaran buruh negara

 

Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman, berkata negara memerlukan sekurang kurangnya 1.2 juta pekerja dalam industri pembuatan, perladangan dan pembinaan.

PETALING JAYA: Persatuan majikan mahu kerajaan memberi pertimbangan membenarkan etnik Rohingya mengisi kekurangan tenaga kerja yang disifatkan sudah kronik.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Syed Hussain Syed Husman, berkata ini adalah masa bersesuaian untuk membenarkan pelarian Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk pemegang kad UNHCR yang sah, diambil bekerja.

Katanya, menggajikan etnik Rohingya dianggap kos lebih praktikal, menjimatkan selain tidak perlu menunggu lama, berbanding proses pengambilan pekerja asing baharu.

Ketika ini, katanya, hanya pemegang kad UNHCR dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri untuk tujuan sara hidup.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Syed Hussain Syed Husman.

“Buat masa ini, Malaysia menghadapi isu kekurangan pekerja yang kronik. Negara memerlukan sekurang kurangnya 1.2 juta pekerja dalam industri pembuatan (627,000), perladangan (120,000) dan pembinaan (550,000).

“Bagaimanapun ketika ini, kerajaan tidak membenarkan pelarian untuk bekerja. Kebanyakan pelarian bekerja sendiri seperti berniaga kecil kecilan dan bekerja di sektor tidak formal,” lapor Berita Harian.

Katanya, negara berdepan kekurangan buruh asing membabitkan pekerja di restoran, kilang dan sektor pembinaan kerana majikan tidak bersedia mengambil golongan itu kerana tidak mempunyai kemahiran asas.

Perkara itu didedahkan Menteri Luar Saifuddin Abdullah, semalam, yang menegaskan kerajaan bergantung kepada dana luar bagi menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya.

Saifuddin berkata, negara setakat ini tidak dapat mengambil pelarian Myanmar untuk bekerja dalam sektor pekerjaan kerana tidak mempunyai kemahiran diperlukan.

Ditanya berhubung terdapat majikan menyediakan latihan kemahiran kepada etnik Rohingya, Syed Hussain menjelaskan, tiada majikan berani berurusan dengan pelarian.

Beliau berkata, majikan khuatir langkah sedemikian ditakrifkan sebagai mengambil pelarian bekerja dan boleh didakwa oleh pihak berwajib.

“Pemberian kebenaran bekerja untuk pelarian jika diluluskan adalah baik kerana ia akan dapat memastikan golongan pelarian dapat diambil kira dalam pangkalan data negara dan maklumat keberadaan mereka dapat dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.