`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 24, 2022

Najib dipenjara: Ada hikmah Ismail jadi PM ganti Muhyiddin, kata Tuan Ibrahim

 

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun Ismail Sabri Yaakob dari Umno, namun kerajaan tidak campur tangan dalam kes mahkamah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan kemarahan dan kecaman Umno yang memuncak sekiranya Muhyiddin Yassin masih menjadi perdana menteri, susulan sabitan kes Najib Razak berhubung dana RM42 juta milik SRC International.

Katanya, kini beliau menyedari hikmah berlakunya peralihan kuasa kepada Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno sebagai perdana menteri, menggantikan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu.

“Saya nak bayangkan walaupun ramai setuju atau tidak puas hati, itu biasalah setiap keputusan mahkamah, tetapi bayangkan kalau sekiranya yang jadi perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekarang.

“Baru saya nampak hikmah kenapa berlaku peralihan kuasa itu. Saya fikir kalau Tan Sri Muhyiddin jadi perdana menteri masa waktu ini kita boleh bayangkan bagaimana rasa tak puas hati Umno pada perdana menteri,” lapor Astro Awani.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Tuan Ibrahim ketika mengulas lanjut berkata walaupun Ismail dari Umno, namun kerajaan tidak campur tangan dalam urusan mahkamah.

“Bila Ismail Sabri jadi perdana menteri walaupun daripada Umno, kerajaan tak campur tangan dalam urusan mahkamah. Jelas bahawa kerajaan tak campur tangan macam kes LCS (kapal tempur pesisir) pun kerajaan serahkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya.

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, memberi keyakinan kepada rakyat dan dunia bahawa institusi kehakiman negara adalah bebas dan positif.

Semalam, mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam rayuan akhir bekas perdana menteri itu untuk mengenepikan sabitan terhadapnya.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan sabitan dan hukuman Najib oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis tahun lalu, yang seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Jul 2020, Hakim Nazlan Ghazali menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu atas tujuh tuduhan rasuah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.