`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 14, 2022

Pakar saran wujud pembiayaan ala ASB bantu pencarum gaji rendah tambah simpanan masa depan

 

Kerajaan wajar melaksanakan skim perlindungan sosial bagi mengelakkan mereka mengalami krisis kewangan pada hari tua, kata pakar ekonomi Barjoyai Bardai.

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi mencadangkan kerajaan menyediakan pinjaman mesra pencarum untuk membantu 3.2 juta individu yang mempunyai simpanan kurang RM1,000 dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak yang mengutarakan idea itu berkata pembiayaan berkenaan mirip Amanah Saham Bumiputera (ASB), yang pelaburannya boleh dinikmati pencarum sebagai pendapatan tambahan.

“Wang ini tidak boleh dikeluarkan selagi pencarum belum berusia 55 tahun ke atas. Ia sebagai bekalan untuk menghadapi hari persaraan,” katanya kepada FMT.

Barjoyai turut mencadangkan kerajaan mencontohi Norway melaksanakan skim perlindungan sosial untuk menjaga kebajikan rakyat, dan mengelakkan mereka mengalami krisis kewangan pada hari tua.

“Aset kerajaan seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh digerakkan untuk menjana pendapatan yang dianggarkan boleh mencecah sehingga RM600 bilion, dan hasilnya kemudiannya digunakan membantu golongan B40.

“Langkah jangka pendek dan panjang ini perlu bagi mengelakkan situasi pencarum bekerja hingga hujung nyawa…apabila umur semakin meningkat banyak pula risiko kepada kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pula menggesa kerajaan menyediakan pendapatan asas sejagat kepada pencarum sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Ini sepatutnya jumlah minimum mencukupi bagi menampung perbelanjaan kehidupan asas.

“Ia secara langsung dapat mengelakkan pencarum daripada terdedah kepada risiko krisis kewangan serta masa depan yang tidak menentu akibat kehabisan penggunaan jaminan sebelum mencecah tempoh persaraan mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Shahar Abdullah dalam jawapannya di sidang Dewan Negara 9 Ogos lalu mendedahkan seramai 3.2 juta ahli berumur di bawah 55 tahun berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000.

Seramai 6.62 juta ahli atau 52% daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun pula mempunyai simpanan kurang RM10,000.

Perkembangan itu susulan kebenaran pengeluaran simpanan KWSP berjumlah RM155 bilion untuk mengurangkan beban ketika penularan Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.