`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 18, 2022

Polis tahan lelaki disyaki gunting Jalur Gemilang

 

Polis berkata suspek ditahan hari ini selepas perbuatan menggunting Jalur Gemilang tular di media sosial.

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki menggunting Jalur Gemilang di sebuah premis dekat Jalan Ampang mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Suspek berusia 41 tahun ditahan selepas polis menerima satu laporan berhubung tindakan lelaki itu yang turut tular di media sosial.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku berdekatan bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, 12.37 tengah hari semalam.

“Individu yang terlibat ditahan kira-kira 12.30 tengah hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan akan direman esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Justeru, Dellhan berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat serta-merta berhubung sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dengan menghubungi MERS 999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi Tik Tok memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di Jalan Ampang di sini.

Menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, dia telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.