`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 24, 2022

Sembahyang Hajat / Doa Laknat Pak Lebai Jemput Bala Laknat Atas Kepala Sendiri

 Jadi sudah confirm-lah sembahyang hajat dan doa mubahalah pak lebai yang rela jadi tukang baca doa dan tukang sembahyang sudah backfire. 

Mereka sembahyang hajat dan berdoa mubahalah untuk Najib dilepaskan daripada tuduhan di Mahkamah. Maksudnya mereka minta fi dunya hasanatanKebaikan duniawi atas mukabumi Allah swt. Jelas sekali doa dan sembahyang hajat mereka tidak dikabulkan. Najib telah pun disumbat ke dalam Penjara Kajang.

 

 

 

Mufti Wilayah telah keluarkan kenyataan (gambar atas) 'menasihatkan' masjid-masjid daripada mengadakan upacara sumpah laknat sebab penjenayah (dan juga umum) akan percaya bahawa sumpah laknat itu boleh melepaskan mereka daripada perbicaraan mahkamah. 

Atau ikut lojik yang sebaliknya, jika mereka lepas tuduhan jenayah, maksudnya Allah swt juga telah kabulkan bahawa mereka tidak bersalah.

Tetapi soalan yang lebih besar ialah di manakah moral dan maruah lebai-lebai yang telah sanggup menganjurkan perbuatan sumpah laknat dan sembahyang hajat untuk penjenayah seperti itu? Sebab Najib telah pun didapati salah oleh empat orang hakim pada DUA perbicaraan mahkamah ia itu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. 

Akhir sekali Allah swt jatuhkan bala laknat atas kepala mereka sendiri. Omputih kata "payment in cash" - bayaran tunai. Najib di dapati salah oleh mahkamah dan dimasukkan dalam penjara. Sembahyang hajat tak jadi. Sumpah laknat pula backfire.

Saya ada sedikit cadangan - sebelum sembahyang hajat untuk hujan (umpamanya) tanyalah Jabatan Kaji Cuaca sekali.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.