`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 12, 2022

Tiada guna kerjasama dengan parti tak ‘perform’, PBS sesuai bersama Warisan, kata Loretto

 

Loretto Padua berkata, Warisan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, namun kelebihan, kekuatan dan perjuangan parti itu perlu diambil kira.

KOTA KINABALU: Warisan mahu bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana mereka mempunyai banyak persamaan, bukannya disebabkan takut bergerak sendirian, kata Setiausaha Agungnya, Loretto Padua Jr.

Loretto berkata, Warisan juga sedia bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, namun kelebihan, kekuatan dan perjuangan parti yang ingin menjalin kerjasama itu perlu diambil kira.

“Tiada maknanya kalau kita bekerjasama dengan parti yang tidak ‘perform’ – sebagai contoh ketika zaman Warisan Plus dulu…saya tidak mahu katakan parti mana,” katanya kepada FMT.

Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Warisan menerajui kerajaan Sabah menerusi Warisan Plus yang terdiri daripada DAP, PKR dan Upko.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sementara itu, Loretto juga tidak bersetuju dengan pendapat penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Lee Kuok Tiung bahawa Warisan akan mendapat lebih manfaat berbanding PBS, sekiranya dua parti itu menjalin kerjasama politik bagi menghadapi PRU15.

“Perkara ini harus dilihat dari sudut lebih besar…kami mahu bekerjasama dengan PBS kerana parti itu mempunyai sejarah perjuangan yang hampir sama dengan Warisan,” katanya, dengan menambah PBS juga pernah bersama BN dan kini Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Loretto Padua.

“Siapa yang dapat lebih manfaat? Adakah BN atau GRS? Atau PBS itu sendiri?” soalnya.

Lee sebelum ini dilaporkan berkata, Warisan akan “mengaut untung lebih” jika kerjasama berlaku kerana dapat menarik lebih ramai pengundi dari suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Loretto berkata, hasrat Warisan untuk bekerjasama dengan PBS bukan lagi rahsia kerana telah disuarakan pemimpin parti itu secara terbuka, termasuk Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Bagaimanapun, katanya, Warisan hanya menyuarakan hasrat mereka dan terpulang kepada PBS sama ada mahu menerima tawaran parti itu atau tidak.

Presiden PBS, Maximus Ongkili pernah berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Warisan jika ia memanfaatkan rakyat Sabah.

PBS kini sebahagian daripada GRS yang terdiri daripada Bersatu, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Progresif Sabah dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.