`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 13, 2022

ADUN Bemban dilantik ketua pembangkang Melaka

 

ADUN Bemban daripada PN Dr Mohd Yadzil Yaakub akan menggantikan Adly Zahari sebagai ketua pembangkang DUN Melaka. (Gambar Bernama)

MELAKA: ADUN Bemban daripada Perikatan Nasional (PN) Dr Mohd Yadzil Yaakub dilantik sebagai ketua pembangkang DUN Melaka.

Pengerusi PN Melaka itu menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang dilantik sebagai timbalan menteri pertahanan.

“Kita akan jadi pembangkang yang lebih efektif supaya dapat memberi semak dan imbang kepada kerajaan untuk menjamin kesejahteraan kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Melaka.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi, 21 daripadanya dimiliki Barisan Nasional, PH (5) dan PN (2).

Sementara itu, Adly yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berterima kasih kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali yang menerima lima ADUN PH sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri.

“Ia hasil pertemuan dengan ketua menteri jadi semangat yang sama (di peringkat persekutuan) dibawa ke Melaka kerana kerajaan ini ialah kerajaan perpaduan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.