
PETALING JAYA: Hampir 50,000 mangsa banjir masih direkodkan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan bencana banjir buruk yang melanda enam negeri.
Berdasarkan angka terkini sehingga jam 6 pagi tadi, seramai 49,597 orang melibatkan 14,396 keluarga itu ditempatkan di 256 PPS yang dibuka, lapor Berita Harian.
Mengikut maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai.
Sehingga pagi ini, 24,738 mangsa daripada 6,633 keluarga direkodkan berlindung di 174 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 24,690 mangsa daripada 7,709 keluarga di 75 PPS.
Baki empat lagi negeri yang terjejas banjir ialah Perak dengan 50 mangsa daripada 17 keluarga di satu PPS diikuti, Johor dengan 46 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS, dan Pahang membabitkan 22 mangsa daripada enam keluarga di satu PPS dibuka.
Di Selangor pula, dua PPS dibuka dan membabitkan 51 mangsa daripada 17 keluarga. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.