`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, December 28, 2022

Bantu mangsa banjir, Kementerian Kewangan pertimbang bina rumah mesra rakyat

 

Rumah penduduk Kampung La, Hulu Besut, Terengganu yang roboh dihanyutkan banjir dilihat dari pemandangan udara. (Gambar Bernama)

JERTIH: Kementerian Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk mangsa banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata, mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya boleh memohon rumah bawah SPNB.

“Petang esok, saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.

“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini, mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada pemberita selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di SK Kampung La di Hulu Besut hari ini.

Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut adalah satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di negara ini, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik, selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid semalam berkata, berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100% selepas dihanyutkan air banjir yang deras, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.