`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 7, 2022

Harga Telur Akan Terus Naik

 "PUTRAJAYA: The government will unveil a new mechanism to control the market prices of eggs tomorrow. "

Ini adalah kenyataan dungu oleh orang yang tidak faham apa pun berkenaan ekonomi, bisnes dan kewangan.  Kalau "market price" sudah boleh dicontrol, maksudnya ia bukan lagi 'market price'. Ia akan bertukar menjadi 'controlled price'.  

Mula sekali yang berikut adalah satu lagi parodi oleh DD Sulaiman (yes I have subscribed and "liked") daripada channel Youtube-nya yang sangat popular.

Kali ini DD membawa kisah telor, harga telor dsbnya. 



Tuan-tuan, harga telor akan terus naik. Sebab-musababnya bukan susah untuk difahami. Harga barang "input" atau bahan asas untuk pengeluaran telor semuanya sudah naik gila.

Ini termasuk harga makanan ayam yang dibuat daripada gandum, kacang soya, jagung dsbnya yang diimpot dari luar negara yang sudah pun kena kenaikan harga yang tinggi. 

Keadaan menjadi lebih sulit akibat kesan pandemik, perang di Ukraine dan sekatan dagangan (trade sanctions) terhadap Rusia. Rusia dan Ukraine adalah antara pengekspot gandum dan bijirin yang terbesar di dunia. Rusia juga menjadi pengeluar baja kimia (chemical fertiliser) yang sangat besar di pasaran dunia. 

Supply chain dari Rusia dan Ukraine ini sekarang sudah terputus akibat sekatan dagangan Amerika, British dan NATO terhadap Rusia. (Its all connected.)

Yang berikut adalah graph kenaikan harga jagung, kacang soya dan baja kimia (2021 dan termasuk 2022) di Amerika Syarikat.  Kenaikan harga bahan asas ini mencerminkan harga pasaran dunia juga.  



 

Baja kimia digunakan untuk menanam gandum, jagung dan kacang soya yang semuanya menjadi makanan ayam (chicken feed). 

Sebarang kenaikan harga makanan ayam akan memberi kesan kepada harga daging ayam dan juga telor ayam.

Yang berikut adalah harga ayam di supermarket (lebih murah daripada pasar, pasar tani atau pasar malam). Antara RM9.00 - RM9.40 sekilo.

 


 

Harga ayam RM6.00 sekilo tinggal dalam kenangan sahaja. 

Harga telor Gred B dijual sekitar 35 sen sebiji. Telor Gred A pula sekitar 40 sen sebiji (KL prices). Tetapi barang tak ada. Di supermarket di tempat saya yang dijual adalah telor mahal 65 sen sebiji. Telor 'biasa-biasa' tak ada stok.

Jadi inilah sedikit sebanyak berkenaan keadaan pasaran ayam dan telor ayam dalam negara kita. (Dan juga di seluruh dunia). Jadi tolonglah jangan membuat kenyataan dungu seperti :  The government will unveil a new mechanism to control the market prices of eggs tomorrow.

Kalau government boleh control market prices maka tidak ada lagi lah market prices atau harga pasaran dalam negara kita.

Dan apabila kerajaan masuk campur dalam urusan 'harga pasaran' maka ekonomi negara akan rosak dan akhir sekali akan hancur. Sebelum itu rakyat akan susah dan miskin. 

Kerajaan jangan masuk campur dalam menentukan 'harga jualan' bagi daging ayam dan telor ayam. Atau harga apa jenis barang pun.

Apa yang kerajaan patut membuat adalah memberi pelbagai jenis bantuan kepada pengeluar ayam dan telor ayam untuk menambahkan lagi pengeluaran mereka so that bekalan ayam dan telor ayam akan mencukupi. 

Kita tidak boleh control harga ayam dan harga telor ayam tetapi kita boleh membantu bekalan ayam dan telor ayam dimaksimumkan. 

Ini tidak bermaksud memberi mereka bantuan kewangan saja. Contohnya kerajaan boleh membantu mencari tanah untuk disewakan kepada ladang ternak ayam untuk membuka ladang ayam. 

Akhir kalam, kerajaan harus faham bahawa tidak ada 'cartel' ayam yang mahu sorok atau hoarding telor ayam. Sebab telor ayam adalah perishable item, maksudnya ia boleh cepat rosak jika tidak di simpan dengan elok. 

Jika disimpan dalam stor, maka taukeh telor ayam kena bayar sewa bilik stor. Kalau simpan telor ayam dalam peti sejuk, maka dia kena bayar bil letrik dan kos peti sejuk. Kos dia akan naik dan bakal merugikan. Juga telor ayam yang disimpan lama akan jadi rosak dan tidak boleh dijual lagi.

Tetapi cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah bekalan ayam dan telor ayam ialah dengan memanggil semua pengeluar ayam dan telor ayam dan tanya mereka 'What can I do for you". Bukan paksa mereka dengan "What can you do for me". 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.