`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 1, 2022

JPS ramal Kelantan, Terengganu banjir bermula esok

 

Beberapa kawasan yang diramalkan berisiko banjir di Terengganu termasuk daerah Setiu, Dungun serta Kemaman manakala Kelantan pula di Pasir Mas, menurut JPS.

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu diramalkan kemungkinan berlaku banjir bermula esok, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

JPS dalam kenyataan berkata, banjir boleh berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan Sungai Setiu, Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Paka, Sungai Besut yang kesemuanya di Terengganu dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan.

Ramalan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Di Terengganu, beberapa kawasan berisiko banjir esok adalah daerah Setiu (Kampung Che Mohid, Sekolah Kebangsaan Kampong Besut dan kawasan sekitarnya) mulai jam 5 petang, manakala ( Kampung Permaisuri, Kampung Nyatoh dan kawasan sekitarnya) mulai jam 8 malam.

“Jumaat ini, JPS meramalkan banjir akan berlaku di kawasan daerah Dungun (Kampung Wa dan kawasan sekitarnya) serta di daerah Kemaman (Sungai Pinang dan kawasan sekitarnya) mulai jam 8 pagi,” menurut Bernama.

JPS turut meramalkan kawasan dijangka berlaku banjir di Kelantan adalah di daerah Pasir Mas (Kampung Lubok Stol dan kawasan sekitarnya) mulai jam 12 tengah hari manakala kawasan sekitar Kampung Kubang Pak Hitam, Kampung Tok Deh, Kampung Lanchang, Kampung Siput mulai 9 pagi.

Menurut kenyataan itu, JPS turut meramalkan kejadian berlaku banjir di Terengganu esok seperti di kawasan daerah Besut (Rumah Pam Pelagat dan kawasan sekitarnya) dan Daerah Paka (Kampung Luit dan kawasan sekitarnya) mulai jam 7 malam.

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.