`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 23, 2022

Kerajaan perkenal mekanisme kategorikan kumpulan layak subsidi bersasar

 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pelaksanaan subsidi bersasar itu nanti sudah tentu mengambil kira kesan kepada rakyat walaupun kemungkinan besar berlaku kenaikan inflasi.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme pemberian subsidi bersasar lebih menyeluruh bagi memastikan tiada individu tercicir mendapat bantuan mulai tahun depan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan perlu membangunkan segera satu mekanisme untuk mengkategorikan kumpulan atau individu yang akan menikmati subsidi bersasar.

Katanya, pelaksanaan subsidi bersasar itu nanti sudah tentu mengambil kira kesan kepada rakyat walaupun kemungkinan besar berlaku kenaikan inflasi.

“Untuk memastikan bahawa mekanisme dan indeks (yang dibangun) itu adalah sesuatu berlaku adil, supaya tidak tercicir. Tetapi amat penting juga supaya ia dilaksanakan cepat, dan kita tak boleh sembang subsidi bersasar ini dua atau tiga tahun lagi.

“Soal sama ada inflasi ke tidak, sudah tentu keputusan dibuat, dari segi sokongan yang mana akan dipotong, sudah tentu menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan agar kerajaan mengambil kira kesan inflasi dan kepada rakyat,” katanya pada sidang media penerbitan indeks harga pengguna (IHP) November 2022 di kementeriannya.

Rafizi bagaimanapun memaklumkan setakat ini belum ada sebarang perbincangan khusus dilakukan pihaknya berhubung perkara itu.

“Soal subsidi bersasar bagaimanapun belum dibincangkan secara terperinci, tetapi selepas tiga mesyuarat Jemaah Menteri kita kena percepat mekanisme yang lebih tersusun,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, subsidi dan bantuan kewangan secara bersasar tidak boleh diagihkan selagi mekanisme berkenaan tidak diwujudkan.

Katanya, mekanisme itu perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk platform akan digunakan, data atau undang-undang jika ia perlu dipinda.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu subsidi dilaksanakan secara bersasar supaya bantuan disalurkan kepada golongan yang betul-betul memerlukan.

Beliau turut memberikan tempoh dua minggu untuk kementerian berkaitan menyiapkan kertas kerja berhubung pelbagai isu berkaitan subsidi untuk rakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.