`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 7, 2022

KL South syurga ketenteraman di tengah kepesatan pembangunan

 

KL South menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.

PETALING JAYA: Masa depan tidak menentu dan cabaran dalam kehidupan seringkali memaksa kita memikirkan semula apa yang sebenarnya penting dalam kehidupan ini.

Selain tahap kesihatan optimum, ramai yang turut meletakkan keutamaan tinggi pada kualiti kehidupan yang baik, walaupun setiap individu mungkin mempunyai kriteria tersendiri dalam mencari lokasi dan persekitaran yang sempurna buatnya.

Penduduk bandar masih cenderung menghuni kawasan yang populasinya tinggi, manakala mereka di kawasan subbandar mungkin lebih selesa tinggal di kawasan pembangunan yang tidak terlalu dekat dengan kepesatan kawasan pusat bandar.

Dua tahun kebelakangan ini, lebih ramai orang kerap berada di rumah, memandangkan pelbagai perintah kawalan pergerakan, arahan bekerja dari rumah, selain kaedah bekerja secara hibrid yang dilaksanakan. Ini secara tidak langsung menyebabkan lebih ramai orang juga semakin menghargai kadar kehidupan kurang pesat, yang tetap menawarkan akses terhadap kemudahan penting.

Jadi tidaklah mengejutkan apabila semakin ramai orang kini memburu kehidupan seimbang di kawasan kediaman yang serba tenang, tetapi memiliki segala kemudahan seperti ditawarkan di bandar.

Kehendak pembeli rumah kini beralih kepada mencari gaya hidup tenteram, bukan lagi sekadar mencari tempat yang berhampiran kemudahan awam dan transit. Disebabkan itu mereka mencari pembangunan mesra insan, yang menerapkan idea hijau, kelestarian, akses mudah, kehidupan bermasyarakat, dan gaya hidup sihat.

Dengan globalisasi dialami sejak beberapa dekad ini, bandar metropolitan Kuala Lumpur (KL) semakin berkembang, malah kini ia antara bandar paling ramai diduduki di Malaysia, dengan daerah perniagaan pusat (CBD) tersendiri yang maju. Pembangunan KL juga begitu meluas meliputi koridor selatan atau dikenali sebagai KL South.

Pembangunan pesat di selatan KL tidak menghairankan memandangkan sempadan ibu negara juga semakin berkembang.

Pembangunan pesat di selatan KL memang tidak menghairankan memandangkan sempadan ibu negara juga semakin berkembang. Antara faktor yang menyumbang ke arah keadaan ini termasuk pertambahan penduduk dan status Putrajaya-Cyberjaya yang semakin menonjol, selain kedudukannya yang hampir dengan Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut banci penduduk Malaysia 2020, Putrajaya dan Sepang mengatasi nilai 1.7% kadar pertumbuhan penduduk negara sehingga kira-kira tiga kali ganda, iaitu masing-masing pada 4.7% dan 4.5%.

Sementara itu, KL South merekodkan peningkatan pendapatan tertinggi, apabila Sepang menunjukkan pertumbuhan pendapatan purata isi rumah sebanyak RM12,254 dengan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) 6.4%. Ini adalah berdasarkan tinjauan pendapatan isi rumah dan kemudahan asas dilakukan Jabatan Perangkaan pada 2019.

Prinsipal dan pengasas Art Toh Sdn Bhd, Arthur Toh melihat potensi untuk pembangunan hebat di KL South, dengan lokasinya yang strategik di kawasan pertemuan daerah-daerah utama melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, selain turut merangkumi pusat pentadbiran negara di Putrajaya serta hab digital, Cyberjaya.

Toh, yang berpengalaman lebih tiga dekad sebagai perunding pemasaran projek, membayangkan bKL South akan terus membangun terutama jika melihat kedudukan Putrajaya dan Cyberjaya yang semakin menonjol, selain zon institusi dan infrastruktur penting berdekatan, khususnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Pelabuhan Klang.

Pelancaran laluan MRT Putrajaya fasa satu baru-baru ini serta selain fasa dua yang dijangka siap sebelum Januari 2023, turut memberi kesan positif terhadap KL South, kerana memudahkan akses kepada zon perindustrian di Nilai dan Enstek, masing-masing di Negeri Sembilan, selain hab perindustrian KLIA.

Antara kawasan yang paling dicari-cari di Lembah Klang termasuk Kajang dan Bangi – dua lokasi yang semakin popular dalam carian di portal hartanah pada suku tahun pertama 2021.

Data dalaman PropSocial menunjukkan lima kawasan paling tinggi pencariannya bagi pembelian kediaman di Lembah Klang termasuk Puchong, Kepong, Setapak, Kajang, dan Bukit Jalil. PropertyGuru pula menobatkan Kajang di tempat tertinggi dalam senarai 10 lokasi paling popular, dengan Bangi di tempat ke-10.

Antara projek besar dalam lingkungan dua kawasan itu termasuk Nexus@Kajang oleh MKH Bhd, Sensory Residences @ Southville City oleh Mah Sing Group Bhd, IOI City Mall oleh IOI Properties Group Berhad, dan De Centrum City, pembangunan berstatus pegangan kekal bercampur oleh Protasco Bhd.

Kawasan perbandaran ini dikelilingi oleh kemudahan pendidikan serta tarikan yang menyeronokkan.

Toh melihat De Centrum City (DCC) sebagai kawasan bandar yang dikelilingi kemudahan institusi dan penyelidikan, selain turut menawarkan kebebasan alam semulajadi. Antaranya The Acre by Farm Fresh – restoran yang baru dibuka dengan pemandangan indah dalam persekitaran ladang yang sesuai untuk aktiviti bersiar-siar bersama keluarga, malah turut menawarkan lawatan pendidikan untuk anak-anak. Selain itu, Benua Equestrian Stables juga menawarkan latihan menunggang kuda.

Enklaf eksklusif ini menawarkan gaya hidup mewah dengan akses mudah kepada kemudahan pendidikan tinggi serta latihan bertaraf premium. Universiti Putra Malaysia (UPM), Petronas New Leadership Centre, Institut Semarak Felda (ISEF), Maybank Academy, Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) selain pelbagai institut bioteknologi semuanya terletak hanya 10 minit dari komuniti bertaraf eksekutif ini.

Pekarangan UPM juga meliputi taman komuniti, selain taman sensori kanak-kanak dalam lingkungan satu kilometer dari DCC, amat ideal bagi pembeli yang mendambakan kediaman yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan serta kesejahteraan keluarga.

“Kedudukannya memang di tengah-tengah, iaitu kira-kira 6km ke selatan KL dan utara Putrajaya. DCC juga menawarkan akses bebas tol ke pusat pentadbiran, Kajang, KLIA, dan kawasan kejiranan lain di Bangi,” katanya.

Lokasinya tidaklah terlalu hampir dengan hingar-bingar CBD, tetapi masih cukup dekat untuk anda memandu masuk ke KL.

Memandangkan pejabat kini bukan lagi semestinya hab pusat untuk para pekerja, trend terkini yang semakin popular dalam bidang hartanah ketika era pascapandemik ini menunjukkan peralihan kepada kawasan luas yang mampu menawarkan gaya hidup lebih mampu milik, tetapi masih dekat dengan segala kemudahan ditawarkan di pusat bandar.

Dengan kebanyakan infrastruktur dan kemudahan telahpun dilengkapkan, pembangunan di KL South – tidak kiralah baharu atau sedia ada – nyata akan lebih berkembang lagi seterusnya menjadikan hartanah di situ jauh lebih menarik di masa akan datang sama ada untuk dihuni mahupun sebagai pelaburan di hari muka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.