`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 25, 2022

Lebih 100 rumah atas air, 5 jambatan roboh di Sandakan

 

Air pasang dan hujan lebat mengancam sekurang-kurangnya 500 rumah, selain sudah merobohkan lebih 100 rumah atas air, di Kampung Forest, Sandakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lebih 100 rumah atas air roboh, manakala sekurang-kurangnya 500 rumah terancam akibat hujan berterusan dan fenomena air pasang tengah malam tadi, di Kampung Forest, Sandakan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.

Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan pagi ini.Sementara di Kampung Tinusa 2, sebanyak lima jambatan roboh dan dianggarkan 20 rumah terancam.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Asmaul Husna Kampung Tinusa 2, Jeffri Ambo, berkata 13 keluarga melibatkan 130 orang telah mengambil tindakan awal untuk berlindung di masjid berkenaan, manakala keluarga lain berpindah ke rumah jiran yang berkedudukan lebih tinggi.

“Setiap tahun kami menjangkakan cuaca hujan berterusan dan fenomena air pasang berlaku. Jadi, kami akan menjadikan masjid ini sebagai transit untuk penduduk datang berteduh.

“Sesiapa yang merasa rumah mereka tergugat kerana ombak dan air pasang dinasihatkan datang ke masjid sambil menunggu air surut,” lapor Bernama.

Pegawai operasi APM Sandakan Josua Kudong, berkata susulan fenomena air pasang di Kampung Tinusa 2, ombak mencecah 2.8m sejak 11 malam tadi dan mengancam kira-kira 20 rumah di kampung itu.

“Kerjasama penduduk kampung amat baik dan sentiasa peka mengenai keadaan sekitar dan amaran cuaca,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.