`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 24, 2022

Perlis jual minyak tanpa subsidi kepada kenderaan asing mulai Januari

 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Azman Mohd Yusof berkata, harga RON95 dan diesel tanpa subsidi di negara ini masih murah berbanding negara jiran.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memulakan penjualan RON95 dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing di Perlis pada bulan depan.

Ketua Setiausahanya, Azman Mohd Yusof berkata, peraturan baharu itu adalah projek rintis yang dinamakan “Ekonomi Sempadan – Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi”.

Katanya, harga RON95 dan diesel tanpa subsidi di negara ini masih murah berbanding negara jiran lain.

Beliau berkata, peraturan baharu itu dilaksanakan kerana ada kenderaan asing dikesan mengisi diesel bersubsidi dalam kuantiti dihadkan, tetapi di beberapa stesen minyak berasingan secara bergilir-gilir.

Katanya, KPDN pada 17 Jun lalu mengeluarkan arahan yang melarang penjualan RON95 dan diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing, manakala RON97 boleh dijual tanpa had.

“Masalah ketirisan bahan bakar itu (RON95 dan diesel bersubsidi) di negeri berhampiran sempadan dipandang serius KPDN kerana subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat negara ini turut dinikmati warganegara lain,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, kajian impak akan dijalankan selama tiga bulan, sebelum kerajaan memutuskan sama ada negeri lain yang bersempadanan dengan negara jiran turut melaksanakan peraturan baharu itu.

Katanya, sudah ada pengusaha stesen minyak yang menjual minyak tanpa subsidi di Padang Besar dan Wang Kelian.

“Kementerian sedang mengadakan libat urus dengan syarikat minyak lain untuk turut menawarkan bahan bakar tanpa subsidi itu. Langkah ini diambil bagi mengekang isu ketirisan dan pada masa sama, ia tidak memberi kesan negatif kepada kenderaan asing yang mengisi bahan bakar berkenaan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.