`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 24, 2022

Semua mesti main peranan pelihara keamanan dan kesatuan, kata PM sempena Hari Natal

 

Anwar Ibrahim berkata, mesej atau seruan berbaur kebencian dan cubaan mengapi-apikan perbedaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang dan rahmah.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru setiap rakyat mesti memastikan peranan ampuh dan berterusan dalam memelihara keamanan, kerukunan, serta semangat bersatu padu.

Katanya, sebagai negara berbilang kaum dan rencam budaya, adalah menjadi kebiasaan dan kewajiban setiap rakyat untuk mengambil kesempatan mengeratkan persaudaraan antara rakyat, dengan mengucapkan kata-kata indah.

“Mesej atau seruan yang berbaur kebencian dan cubaan untuk mengapi-apikan perbedaan mesti dibenam dengan sikap kasih sayang dan rahmah,” katanya, dalam ucapan sempena Hari Natal, yang akan mula diraikan malam ini oleh penganut Kristian.

Beliau menegaskan membenih dan menyemai budaya perpaduan tidak hanya terletak di bahu pemerintah.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian,” katanya.

“Semoga sambutan Krismas pada tahun ini lebih meriah serta dapat membawa keamanan, keharmonian, kemakmuran, dan perpaduan kepada Malaysia yang terbilang dan rakyatnya yang cintakan keadilan.”

Anwar turut menyeru rakyat yang pulang ke kampung halaman supaya berwaspada dan berhati-hati di jalan raya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.