`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 18, 2022

Persekutuan pekilang rayu kenaikan surcaj elektrik beransur-ansur

 

FMM merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos yang ditanggung pengguna industri dalam tempoh ketidakpastian yang berpanjangan ini.

KUALA LUMPUR: Kenaikan surcaj tarif elektrik sebanyak lebih 44% bagi pengguna voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) akan menimbulkan kebimbangan dan cabaran kepada kategori pengguna ini untuk tempoh enam bulan akan datang, kata Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM).

Presiden Soh Thian Lai berkata pihaknya amat prihatin dengan kadar kenaikan surcaj yang ketara dan ingin merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos yang ditanggung pengguna industri ini dalam tempoh ketidakpastian yang berpanjangan ini.

“Permintaan ini mengambil kira bahawa pengguna industri MV dan HV yang terdiri daripada syarikat tempatan dan multinasional (MNC) bersaiz sederhana dan besar turut terjejas oleh kos operasi tinggi yang mencabar memandangkan tekanan inflasi yang tinggi dan kesan daripada kenaikan gaji minimum, kekurangan buruh, kenaikan kos pengangkutan, gangguan rantaian bekalan global, dan kelemahan ringgit.

“Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa syarikat-syarikat ini memberi sumbangan besar kepada ekonomi, dari segi pelaburan yang besar, sumbangan keluaran dalam negara kasar, dan merupakan majikan terbesar,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan pengguna MV dan HV termasuk MNC akan dikenakan surcaj sebanyak 20 sen setiap kWj untuk tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.