`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 22, 2022

Rogol kanak-kanak: Mekanik dipenjara 7 tahun, 1 sebatan

 

Muhammad Amirul Abdullah dituduh merogol kanak-kanak berusia 12 tahun itu pada Julai tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang mekanik dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Muhammad Amirul Abdullah, 27, yang juga bapa kepada dua anak mengaku salah atas tuduhan terhadapnya. Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap pada 14 Oktober lalu, menurut laporan Bernama.

Muhammad Amirul mengaku melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Flat Puchong Permai di Puchong, kira-kira 9.30 malam, 29 Julai tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Dalam rayuan bagi meringankan hukumannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dengan tindakannya selain merupakan penanggung utama keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana perbuatan itu dipandang jijik dan hina oleh masyarakat apatah lagi melibatkan mangsa kanak-kanak.

“Saya mohon mahkamah mengambil kira hasrat kerajaan untuk melindungi kanak-kanak terutama dari jenayah seksual. Saya percaya hasrat kerajaan ini boleh dizahirkan mahkamah hari ini melalui hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.