`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 1, 2022

Sihir, bomoh, ‘pengkid’ jadi jenayah syariah baharu di Terengganu

 

DUN Terengganu meluluskan pindaan empat jenayah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi membendung amalan sihir, bomoh dan ‘pengkid’ di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Amalan sihir, bomoh dan perempuan berlagak seperti lelaki bakal menjadi antara kesalahan jenayah syariah di Terengganu, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Pindaan) 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, pindaan itu melibatkan Seksyen 33A (perempuan berlagak seperti lelaki), Seksyen 36A (persediaan melakukan liwat) dan Seksyen 29A (hamil atau melahirkan anak luar nikah).

Katanya, sebelum ini peruntukan undang-undang sedia ada hanya melibatkan lelaki menyerupai perempuan dan tidak melibatkan perempuan menyerupai lelaki.

“Sebab dahulu mungkin tidak ada sangat isu ini (perempuan menyerupai lelaki), tetapi kita tengok sekarang kes ‘pengkid’ dan sebagainya semakin berleluasa, jadi kerajaan negeri berhasrat membendung isu ini,” katanya dipetik Bernama.

Menurutnya, individu yang didapati bersalah di bawah seksyen itu boleh dihukum mengikut Peruntukan 356 sehingga tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

“Dengan adanya pindaan ini, kita mengharapkan kesejahteraan umat Islam, khususnya di Terengganu lebih terjaga dan terpelihara,” katanya.

Bagi kemasukan seksyen melibatkan perbomohan dan sihir, sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk memantau bagi memastikan masyarakat Islam tidak mendapatkan rawatan alternatif yang bercanggah hukum Islam.

Bagaimanapun, katanya, kesalahan dan hukuman berdasarkan seksyen itu hanya melibatkan perawat, bukannya pesakit.

Selain kemasukan empat seksyen itu, katanya, pindaan hari ini juga melibatkan 21 seksyen sedia ada dan akan mula dilaksanakan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.