`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 20, 2022

Tanah lembik, tiada petunjuk jadi cabaran jejak 9 lagi mangsa

 

Penolong Pengarah Bomba Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pasukan penyelamat tidak mengetahui kedudukan sebenar mangsa tapak perkhemahan Father’s Organic Farm tertimbus.

PETALING JAYA: Tanah lembik selain tidak mengetahui kedudukan sebenar sembilan lagi mangsa tertimbus menyukarkan operasi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Gohtong.

Penolong Pengarah Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata anggota pasukan penyelamat kini melakukan pencarian berdasarkan timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.

“Kita tidak tahu di mana kedudukan sebenar mangsa tertimbus. Ini antara cabaran besar dihadapi anggota pasukan SAR (mencari dan menyelamat), selain keadaan tanah di lokasi pencarian yang lembik.

“Hari ini kita tidak lagi menggunakan dua peranti canggih, ‘Ground Penetrating Radar’ (GPR) dan hanya menggunakan anggota SAR di lapangan, Unit Anjing Pengesan (K9) serta jentera pengaut,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, fokus pencarian pada hari kelima operasi hari ini dengan menumpukan di sektor C sehingga ke atas (hill side).

Semalam, pasukan SAR mengesan lima lokasi dipercayai mengandungi bendasing berhampiran lokasi runtuhan selepas pengesanan dijalankan menggunakan GPR.

Hafisham berkata, operasi SAR dijalankan membabitkan sektor C ke sektor A berdasarkan penandaan yang dijalankan, namun gagal menemui mangsa.

Terdahulu, JBPM menggerakkan pasukan “sweeper” untuk melakukan pencarian mangsa yang masih hilang di luar tapak kejadian utama tanah runtuh itu, semalam.

Hafisham dilaporkan berkata, dua pasukan terdiri 28 anggota bomba dan tentera digerakkan dengan tumpuan pencarian di sekitar sungai dan lokasi sekitarnya.

“Anggota pasukan ‘sweeper’ pergi ke kawasan ‘ground zero’ kiri dan kanan sehinggalah ke sungai terdekat iaitu Sungai Kedondong dengan jarak lebih kurang tiga hingga empat kilometer.

“Pencarian bermula semalam disambung hari ini dan setakat ini tiada tanda-tanda (mangsa). Tunggu sehingga petang ini apa hasilnya,” katanya.

Dalam kejadian 2.42 pagi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300m dan setinggi 70m di tapak perkhemahan berkenaan yang terletak di Gohtong Jaya.

Seramai 94 mangsa terbabit dalam insiden itu dan daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dengan sembilan daripadanya masih hilang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.