`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 4, 2023

‘Bergantung dahan tak kukuh’, pemimpin Umno, PAS kritik Dr M masuk Putra

 

Pada Rabu Dr Mahathir Mohamad secara rasmi menyertai Putra pimpinan Ibrahim Ali selepas meninggalkan Pejuang bulan lalu.

PETALING JAYA: Pemimpin Umno dan PAS mengkritik keputusan Dr Mahathir Mohamad menyertai Putra dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu “salah langkah”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan Mahathir membuktikan tiada parti dominan yang sudi menerimanya sebagai ahli.

perjuangan membela bangsa Melayu bersama Putra yang dilihat sebagai parti kurang berpengaruh dan tidak mempunyai akar umbi.

“Putra adalah parti tidak berpengaruh bersandarkan kepada imej seorang individu yang juga tidak lagi berpengaruh. Pengaruh Mahathir semakin terhakis sedikit demi sedikit selepas kalah (PRU15) dan hilang wang pertaruhan di Langkawi.

“Jika Mahathir menyertai Putra untuk membela orang Melayu yang menurutnya semakin tertinggal dalam ekonomi dan politik, dia sebenarnya hanya bermimpi di siang hari,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata jika Mahathir mahu membela nasib bangsa Melayu beliau sepatutnya bersama Perikatan Nasional (PN) terutama PAS.

Beliau berkata, Mahathir sepatutnya memilih parti yang kukuh untuk kekal relevan dalam politik seperti dilakukan bekas ketua Umno Arau, Shahidan Kassim yang memilih bersama PAS.

“Beliau salah tempat bergantung dan salah pilih, kerana dahan yang tidak kukuh beliau pergi bergantung sedangkan sepatutnya dia bersama PAS dan Bersatu.

“Nampak dah hasilnya tujuan dan matlamat juga, terang dan nyata kalau matlamat nak jaga orang melayu, maka saya rasa beliau tidak sepatutnya memilih bersama Ibrahim Ali dan mesti bersama PN teruatama PAS, macam dilakukan Shahidan,” katanya.

Ads by Kiosked

Pada Rabu Mahathir secara rasmi menyertai Putra pimpinan Ibrahim selepas meninggalkan Pejuang bulan lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.