`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 30, 2023

Sindiket judi didalangi warga asing kaut RM1.5 juta setahun tumpas

 

Ruslin Jusoh (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Satu rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing lumpuh, selepas 15 individu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lalu dan semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh berkata, serbuan pertama di sekitar Selangor kira-kira 10 malam Selasa lalu membabitkan sebuah premis yang berselindung di sebalik perniagaan snuker dengan menyediakan bilik rahsia diubah suai sebagai pusat perjudian.

Dalam serbuan itu, katanya, tiga lelaki Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai dalang sindiket ditahan.

Beliau berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang dipercayai penyelia dan penjaga premis itu, selain dua wanita Indonesia berumur 25 dan 40 tahun yang merupakan operator mesin perjudian. Mereka juga didapati tidak memiliki pas sah.

“Pelanggan yang ingin memasuki bilik rahsia berkenaan mesti mempunyai kod rahsia ditetapkan sindiket terbabit,” katanya menurut Bernama.

Ruslin berkata, serbuan seterusnya dibuat di beberapa premis di Kuala Lumpur yang menyaksikan enam lelaki Bangladesh, seorang lelaki Nepal dan seorang wanita Indonesia ditahan.

Katanya, dalang berusia 40 tahun itu memiliki Pas Lawatan Sosial Suami kerana berkahwin dengan wanita tempatan, selain turut mempunyai syarikat perkhidmatan beroperasi hampir dua tahun.

Menerusi serbuan itu, 46 komputer, 37 pasport milik individu terbabit dan orang lain serta wang tunai berjumlah RM114,450 yang dipercayai hasil aktiviti perjudian dirampas.

“Berdasarkan jumlah wang tunai yang dirampas, jabatan percaya sindiket ini mampu meraih keuntungan sekitar RM1.3 hingga RM1.5 juta setahun.”Katanya, semua warga asing yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. Mereka ditahan di depot imigresen, manakala lelaki tempatan itu direman tiga hari bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.