`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 4, 2023

Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

 

MetMalaysia meramalkan hujan sangat lebat berterusan hingga esok di Pahang dan Johor.

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor hingga esok.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.55 pagi ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga diramalkan berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramalkan berlaku hingga esok di tiga negeri melibatkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) serta Melaka.

Sementara itu, amaran waspada juga dijangka di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.